Friday, February 28, 2014

TIPS BUKA PENUTUP BOTOL

Ha hari ni fatin nak share sikit cara-cara membuka penutup botol yang ketat..

alatan yang diperlukan iaitu gunting,cawan dan air panas..mula-mula potong gerigi yang dekat penutup tu..lepas tu rendamkan kepala botol tu dalam air panas selama beberapa minit supaya ia mengembang..pastu buka la..hahahha..
Tips ini diberikan kerana fatin tak dapat buka air botol ni selama 30 minit..k bye

BUAH MUNGAI@KOLE

Haiii..hari ni fatin nak share tentang MAKANAN iaitu gulai mungai..orang utara kebanyakkan nya tahu la apa benda ni..sememangnya memang sedap bila makan dengan nasi panas tambah dengan kicap pulak..hehehe ppeerggghhh 2 kali pinggan makan la maknanya..jeng jeng ini lah rupa mungai itu sebelom masak
cara-cara nak masak ialah:-
Bahan-bahan
3 biji buah mungai (kacang kelo)
semangkuk santan
15 ekor udang 
2 sudu besar kacang parpu (kacang dhal)
serbuk kari
garam  
bawang merah dan bawang putih untuk menumis

Rebus kacang dal dengan air biasa sahaja sehingga empuk. Ketepikan.
Basuh dan kikis kulit luar buah mungai.  Potong buah anggaran 1-1 1/2 inci.
Tumis bawang merah dan bawang putih.
Bila sudah wangi, masukkan serbuk kari. Kacau sekejap masukkan santan.
Bila mendidih, masukkan kacang parpu dan buah mungai.
Akhir sekali masukkan udang. Jangan masak udang lama sangat, ia akan kecut dan isinya akan mengeras.
Sesuaikan garamnya. Jika suka letakkan secebis kecil asam keping. Tutup api bila sudah cukup masak.
Ini adalah cara memasak gulai/kari yang paling simple. Bahan2 asas sudah mencukupi.

Beginilah rupanya bila dh siap masak..kalau sesiapa yang tak pernah makan ni..makan yang dalam nya saja ye..kulit dia keras so tak boleh makan la..

Thursday, February 27, 2014

FLYER

Salam jumaat..penghulu segala hari & hari yg penuh barakhah ini..dan bg fatin jugak hari jumaat hari yg boleh rehat sebab tak ada kelas..hehehhe..alangkah nya indah lg kalau dapat balik rumah kan kan kan..tp apakan daya rumah jauh dimata tp dekat dihati fatin..
Arini nk share ckit apa yg fatin telah belajar waktu kelas aplikasi komputer semalam..lect ajar tentang microsoft word dgn lebih detail..sebelom ni fatin hanya tekan je apa yg tahu..rupanya nya bnyk lg kegunaan yg masih belom fatin terokai..hahaha..nmpk sgt buta IT..bg fatin subjek aplikasi ni bagus utk semua orang kerana kita akan gunakan ilmu itu utk setiap masa n masa akan datang jugak..


Inilah hasil flyers "Marvellous cupcakes conner"..just simple sbb baru belajar la katakn..hehehe..minggu dpn fatin akan share lg apa yg fatin belajar lg ok..thats all for today  tata..

INTRO

assalammualaikum & salam sejahtera..sy Nurul Fatin Atikah Bt Fadzel..just call me Fatin..asal penang..
sebut penang terus semangat!!!hahahaha..al-maklumlah org jauh x pernah berjauhan dr family sebelum ni..Dulu pun study kt Matrikulasi penang..Ini lah kenangan bersama praktikum A1P1..

Sekarang study di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) & stay dkt Kolej Ibu Zain (KIZ)..fatin dr Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP) dalam bidang Ekonomi..Inilah antara warga Kolej Ibu Zain..





Tuesday, February 25, 2014

BEST FRIENDS

Assalammualaikum semua..saya nak share sedikit tentang kawan-kawan saya di ukm ni..pada mula-mula menjejakkan kaki disini fatin risau sangat tak ada kawan..tapi semua itu sudah tertulis fatin bertemu dengan Siti Noor Adilah..persahabatan yang terjalin telah mempertemukan pulak dengan Hidayah dan Sahiraz Izzati..
 Hidayah 
 Adilah
Sahiraz

Inilah sahabat fatin disini..kami ini digelar group "GTG" ..hahahaha..moga ikatkan persahabatan yang terjalin kekal dihingga akhir hayat..I LOVE U ALL SO MUCH!!!