Saturday, March 29, 2014

PORT DICKSON

AIR YANG BIRU & BUNYI OMBAK YANG MENENANGKAN HATI..



Time ni kat Port Dickson..cuti-cuti malaysia with family..rindu nya!!!sweet moment.....

Wednesday, March 26, 2014

DRAMA

Hobi saya pada waktu lapang dan pada waktu stress ialah menonton drama..antara drama kegemaran saya iaitu Temptation of Wife,Akulah isterinya,Suamiku jururawat Isteriku doktor dan lain-lain lagi..



Siaran ulangan drama-drama yang terlepas boleh ditonton di http://www.bukancincai.com/2013/12/drama.html


Wednesday, March 19, 2014

RESIPI MEE KUAH

Ni lah makanan yang paling famous di rumah apabila hari raya..Orang akan datang rumah fatin untuk makan mee kuah kerana mak fatin pandai sangat buat mee kuah ini..rasanya cukup rasa membuatkan makan sekali nak lagi..heheehe

Bahan-bahan:


Kuah Mee:
1 kg tulang dan daging lembu
300g udang basah
1 ketul ubi keledek
4 sudu besar cili kering kisar
1 labu bawang besar, dikisar
1 inci halia, di ketuk
1 cawan serbuk kuah kacang (kuah pecal)



Lain-lain bahan:
2 bungkus mee kuning
1 ikat sawi
2 cawan taugeh
Tahu, digoreng dan potong nipis
Kueh cucur udang, potong kecil-kecil
Telur rebus, dibelah dua
Cili hijau jeruk
Hirisan daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
Hirisan limau nipis



Cara menyediakan:
1) Rebus tulang dan daging lembu dengan air yang banyak selama satu jam. Masukkan cili kisar, bawang dan halia dan rebus lagi. 
2) Basuh udang dan rebus (tak perlu buang kepala, kulit dan ekornya). Setelah udang masak toskan airnya dan campurkan kedalam air rebusan tulang tadi. Ketepikan udang. 
3) Masukkan ubi keledek yang dipotong kecil-kecil dan rebuslah hingga ubi hancur dan daging benar-benar empuk. Masukkan kuah kacang. Tambahkan garam, gula dan serbuk perisa. 
4) Jika anda ingin kuah pekat, tambahkan serbuk kuah kacang.
5) Panaskan air dalam periok hingga mendidih. Masukkan mee, sawi dan taugeh. Celur sebentar selama dua minit. Angkat dan hidangkan dalam mangkuk mee. Masukkan lain-lain bahan dan tuangkan kuah yang masih panas.

#selamat mencuba#

Saturday, March 15, 2014

EKOWALL

selamat pagi semua..alhamdulilah hujan turun dan meredakan keadaan jerebu disini..so u all kena jaga kesihatan sewaktu musim jerebu sekarang ni ye..btw pagi yg indah ni fatin join program "Ekowall" di bawah Ekorelawan UKM..ini adalah satu program yg memberi manfaat kepada kita semua dgn menggunakan bahan terbuang utk menghiasi taman n menjimatkan wang disamping menghijaukan bumi kita ini..program ini berlangsung pd pukul 7.30 pg sehingga 10.00 pg di Skylight,Kolej Ibu Zain.
Ini adalah pokok yang ditanam di dalam botol yang tidak digunakan lagi..
Sebelom menanam tu kita perlukan bahan-bahan nya dulu seperti botol,pisau,tali,tanah dan pokok..firstly,kena tebuk botol tu utk diikat dgn tali n potong bahagian tengah utk memasukkan pokok tersebut macam gambar kt bawah ni...
Yang bertudung biru tu tekun menebuk botol..hehehehe
Ini pulak memasukkan tali pada botol2 n ikat supaya ia tergantung..

Then,masukkan tanah n pokok tu dalam botol2 tersebut..
Menarik kan???So sapa2 bolehlah buat kt rumah nnti ye..senang je n x perlukan kos yang mahal..

 Ni pic bila dh selesai aktiviti ni..thank you so much..this will be a great moment for me..