Saturday, May 24, 2014

ROJAK TONGGEK

Hahahahaha..mungkin orang akan terkejut dan pelik nama rojak dipanggil macam tu..itulah keistimewaan nya..ini hanya terdapat di penang sahaja,,selalu fatin pergi makan dekat bagan area nak pergi pantai bersih dekat dengan Penang port..sebab dipanggil rojak tonggek iaitu kerana tengok gambar bawah ni..
nampak x???sesiapa yang datang sini mesti tongek untuk makan..hahaha


ha tengok abg tu makan ..hahaha

macam-macam buah ada

hanya 5 kupang secucuk

ni kuah dya..kita pakat share ramai ramai..

sedapp ooo..kalau tak percaya mai penang pekena sekali...

RINDU FAMILY

Huuuuaaaaa...bila stress datang melanda automatik diri rasa nak balik..seriously rindu rumah..sebulan lagi nak balik..
ni lah adk-adk fatin yang no 4 dan 5 tu..

ni pula cousin fatin dok dekat sebelah rumah ja..

geram dengan dya n suka bagi dya nangis..

kan best ada dekat rumah sekarang,makan masakan mama..uurrmmmm..

MEMORI KMPP (AIPI)

Kenangan bersama rakan-rakan matrik tidak dapat dilupakan..kegembiraan dan kesedihan dikongsi bersama walaupun susah dan senang..rindu sangat zaman matrik..bila berada disini dah keadaan dan suasana belajar yang penuh  semangat sudah pudar..entah mengapa???perbezaan yang ketara bila menjejakkan kaki ke alam Universiti..semua orang membuat hal masing-masing,belajar sendiri,tidak bertegur sapa dan tak ada ikat silatulrahim yang ukhwah lagi..sedihhh....
 with roomates siti,yuni and athira

depan dewan kuliah

minggu berniaga:potato spring,cucur udang,cendol kastard
A1P1 STALL


otw ke dewan kuliah

abis eko race dapat no 3 kot

minggu pink sedunia..hehehehe

with lecture akaun pn.salbiah


#RINDU SANGAT-SANGAT A1P1#
KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG
2012/2013

CAMERON HIGHLAND

Sudah sekian lama tak bercuti di Cameron Highland..suasana yang segar,sejuk dan mendamaikan dapat menenangkan hati daripada kesesakan di bandar..entah bila lagi dapat ke sana..
 Ladang tea



 ni abah fatin.
 jalan jem sebab orang parking tepi jalan..

kedai yang menjual pelbagai jenis cenderahati untuk dibawa pulang..
buah strawberry..rm 15.00 sekotak

pemandangan dari hotel pada waktu pagi..

di malaysia juga terdapat tempat-tempat menarik..oleh itu melanconglah di malaysia terlebih dahulu sebelom melancong ke luar negara..#visit malaysia 2014#

Friday, May 23, 2014

BUAH BINJAU

Siapa yang pernah makan buah binjau @ belinjau???kalau yang muda warnanya hijau..kalu dah tua warna merah..belinjau tua orang selalu buat kerepek..iaitu perlu digoreng dahulu dengan pasir selepas itu diketuk menjadi nipis dan digoreng..tapi yang muda pulak dibuat gulai @ kari bersama udang @ ikan bilis..


 ini rupa belinjau yang tua

ini pula belinjau yang muda

kerepek belinjau
Bahan-bahan
Buah Belinjau (dalam RM 2 gitu saja)

3 sudu rempah kari ikan
4-5 ekor udang basah
1 biji bawang besar
2 tangkai daun kari
1 cawan santan pekat
3-4 cawan air (ikut kepekatan yang anda suka)
Garam secukup rasa



Untuk menumis darat



10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 sudu makan jintan manis
1/2 inci halia
2 tangkai daun kari
Sedikit minyak masak



Cara memasak



1. Buah belinjau dibelah 2 dan direndam dalam air.
2. Buang selapu yang warna putih yang keras di antara kulit dan biji buah belinjau.
3. Basuh dan masukkan ke dalam periuk.
4. Masukkan udang, serbuk kari, garam, daun kari, bawang besar yang di potong dadu dan sedikit air ke dalam periuk
5. Masak sehingga serbuk kari garing sedikit, dan nampak pecah minyak.
6. Masukkan santan dan air ke dalam periuk tadi dan masak sampai mendidih.
7. Selepas masukkan santan, kacau kari tu untuk mengelakkan dari santan berketul.
8. Bila kari sudah mendidih angkat dari dapur atau tutup api dapur.



Untuk menumis



1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali
2. Hiris, bawang-bawang dan halia nipis-nipis
3. Goreng semua bahan-bahan menumis sehingga bawang kekuningan
4. Angkat dari dapur dan masukkan minyak yang panas bersama bahan gorengan ke dalam periuk kari
5. Tutup periuk.


#SELAMAT MENCUBA#

Thursday, May 22, 2014

NASI AYAM

Dalam perjalanan ke bus stop FSSK..
Perhentian Kajang destinasi mencari makanan yang gorgeous iaitu "NASI AYAM"..terdapat 4 jenis nasi ayam iaitu nasi ayam biasa(RM5.00),nasi ayam berempah(RM5.50),nasi ayam pandan(RM5.50) dan nasi ayam hainan(RM5.50)..yang membezakan nasi ayam ini hanyalah nasi nya..ayamnya semua nya sama..
Ayam dan nasi yang disediakan memang banyak dan  ia sungguh memuaskan hati para pelanggan dengan keenakannya..kalau tak percaya anda boleh mencubanya..GERENTI SEDAP!!!

Wednesday, May 21, 2014

PUBLIC SPEAKING

Academic communication projek telah selesai sudah..alhamdulilah segalanya berjalan dengan lancar..tajuk yang dibentangkan ialah "Honey can provide a variety of benefits to human"..masa yang diberikan selama 7 minit..berdebar-debar jantung nak speaking..hahaha takut ooiiii ditambahkan pulak orang first yang present..bagai nak luruh jantung ni ke bumi..tapi dengan izin Allah saya berjaya jugak menghabiskan presentation tersebut walaupun ada tergagap-gagap cikit-cikit..

ini adalah visual aid untuk benefit for athletes