Friday, May 23, 2014

BUAH BINJAU

Siapa yang pernah makan buah binjau @ belinjau???kalau yang muda warnanya hijau..kalu dah tua warna merah..belinjau tua orang selalu buat kerepek..iaitu perlu digoreng dahulu dengan pasir selepas itu diketuk menjadi nipis dan digoreng..tapi yang muda pulak dibuat gulai @ kari bersama udang @ ikan bilis..


 ini rupa belinjau yang tua

ini pula belinjau yang muda

kerepek belinjau
Bahan-bahan
Buah Belinjau (dalam RM 2 gitu saja)

3 sudu rempah kari ikan
4-5 ekor udang basah
1 biji bawang besar
2 tangkai daun kari
1 cawan santan pekat
3-4 cawan air (ikut kepekatan yang anda suka)
Garam secukup rasa



Untuk menumis darat



10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 sudu makan jintan manis
1/2 inci halia
2 tangkai daun kari
Sedikit minyak masak



Cara memasak



1. Buah belinjau dibelah 2 dan direndam dalam air.
2. Buang selapu yang warna putih yang keras di antara kulit dan biji buah belinjau.
3. Basuh dan masukkan ke dalam periuk.
4. Masukkan udang, serbuk kari, garam, daun kari, bawang besar yang di potong dadu dan sedikit air ke dalam periuk
5. Masak sehingga serbuk kari garing sedikit, dan nampak pecah minyak.
6. Masukkan santan dan air ke dalam periuk tadi dan masak sampai mendidih.
7. Selepas masukkan santan, kacau kari tu untuk mengelakkan dari santan berketul.
8. Bila kari sudah mendidih angkat dari dapur atau tutup api dapur.



Untuk menumis



1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali
2. Hiris, bawang-bawang dan halia nipis-nipis
3. Goreng semua bahan-bahan menumis sehingga bawang kekuningan
4. Angkat dari dapur dan masukkan minyak yang panas bersama bahan gorengan ke dalam periuk kari
5. Tutup periuk.


#SELAMAT MENCUBA#

No comments:

Post a Comment