Friday, February 28, 2014

BUAH MUNGAI@KOLE

Haiii..hari ni fatin nak share tentang MAKANAN iaitu gulai mungai..orang utara kebanyakkan nya tahu la apa benda ni..sememangnya memang sedap bila makan dengan nasi panas tambah dengan kicap pulak..hehehe ppeerggghhh 2 kali pinggan makan la maknanya..jeng jeng ini lah rupa mungai itu sebelom masak
cara-cara nak masak ialah:-
Bahan-bahan
3 biji buah mungai (kacang kelo)
semangkuk santan
15 ekor udang 
2 sudu besar kacang parpu (kacang dhal)
serbuk kari
garam  
bawang merah dan bawang putih untuk menumis

Rebus kacang dal dengan air biasa sahaja sehingga empuk. Ketepikan.
Basuh dan kikis kulit luar buah mungai.  Potong buah anggaran 1-1 1/2 inci.
Tumis bawang merah dan bawang putih.
Bila sudah wangi, masukkan serbuk kari. Kacau sekejap masukkan santan.
Bila mendidih, masukkan kacang parpu dan buah mungai.
Akhir sekali masukkan udang. Jangan masak udang lama sangat, ia akan kecut dan isinya akan mengeras.
Sesuaikan garamnya. Jika suka letakkan secebis kecil asam keping. Tutup api bila sudah cukup masak.
Ini adalah cara memasak gulai/kari yang paling simple. Bahan2 asas sudah mencukupi.

Beginilah rupanya bila dh siap masak..kalau sesiapa yang tak pernah makan ni..makan yang dalam nya saja ye..kulit dia keras so tak boleh makan la..

No comments:

Post a Comment